Ukiran kayu
dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan satu-satu teknik
itu banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran tukang kayu. Tiga teknik
utama dan gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah tebuk terus, tebuk separuh dan
tebuk timbul. Bentuk ukiran juga ada tiga jenis utama iaitu bujang, lengkap dan
pemidang
Bentuk Bujang
Bentuk Bujang
Bentuk ini
berdiri terasing, bebas, dan tidak terikat, berkait atau bersambung-sambung.
Biasanya bentuk ini menampilkan motif bulan, bintang, matahari, kuntuk bunga
ataupun putik buah.
Bentuk Pemidang
Bentuk Pemidang
Bentuk ini
menampilkan motif yang menggambarkan pergerakan sederhana dan tidak
berbelit-berbelit. Bentuk ini mempunyai bingkai atau
pemidang. Ukiran-ukiran yang dibuat dalam bentuk ini diberi nama-nama yang
menarik seperti itik pulang petang, badak mudik, setampuk
manggis dan lain-lain. Biasanya Bentuk pemidang digunakan untuk jala-jala rumah
serta benda-benda yang terdapat di dalam rumah seperti tepak sirih, almari dan
dulang kayu.
Bentuk Lengkap
Bentuk Lengkap
Bentuk ini
menggabungkan ciri-ciri bentuk bujang dan bentuk pemidang. Bentuk ini
menitikberatkan unsur tumbuh-tumbuhan, merangkumi akar, batang, buah, dahan,
daun, putik dan sulurnya.
Comments
Post a Comment