Skip to main content

SENI PASAK

Ukiran kayu antara simbol kepada hasil kerajinan, kemahiran dan ketinggian ilmu pertukangan serta minat yang mendalam. Ia diterjemahkan ke dalam pelbagai bentuk barangan yang mempunyai unsur seni. Simbol dan identiti yang ditonjolkan pada ukiran kayu mencerminkan jati diri masyarakat di negara ini.

Teknik pasak adalah simbolik kepada kerja pertukangan kayu yang memperlihatkan teknik binaan tanpa menggunakan paku untuk mencantumkan kayu bagi menghasilkan produk lebih unik.
Teknik pasak ini memerlukan ilmu pengetahuan yang tinggi kerana cantuman kayu bagi menghasilkan sebuah binaan tanpa menggunakan paku mesti kukuh dan tahan lama.
Sekiranya ukuran tidak selari, binaan mungkin roboh dan tidak tahan lama.
Antara produk yang popular menggunakan teknik pasak dan sering mengikat hati pelanggan termasuk wakaf bujang, wakaf serambi, pintu gerbang dan pagar kayu. 
Keindahan yang digambarkan dicetuskan melalui hasil kerja tangan yang bermotifkan seni khat atau kaligrafi terutama petikan ayat al-Quran dan tulisan jawi.Ukiran pada kayu ini menggambarkan kesungguhan tukang-tukang kayu mendalami ilmu tauhid, fikah dan tasawuf. 
Binaan pasak tampak lebih teguh dan berseni dengan dihiasi motif serta reka corak yang diilhamkan dari alam seperti tumbuh-tumbuhan atau geometri.Setiap karya mengekalkan identiti motif tradisional dan falsafah seni ukir Melayu yang menyimpul pelbagai falsafah serta firasat ukiran.

Bagi menghasilkan produk yang bermutu tinggi, penggunaan kayu-kayu terbaik seperti cengal, seraya dan merbau digunakan
.  

Sumber : Harian Metro 

Wakaf (Gazebo)

Comments

Popular posts from this blog

MEJA KULIAH - Projek Sekolah Menengah SetiaBudi (UIA Gombak)

S ekolah Menengah SetiaBudi (UIA Gombak) telah membuat tempahan meja kuliah berserta kerusi untuk digunakan di surau sekolah mereka. Berkonsepkan "Kubah Masjid" dan ringkas. Ketika proses pembuatan dan kemasan dilakukan. Proses penyerahan meja kuliah selesai dan sedia digunakan oleh pihak sekolah.

Meja Kuliah (Duduk) - Surau Al - Khairiah Kampung Tengah Gombak

Comel tak??? Sesuai untuk keguanaan pengajian al - quran dan kuliah

MEJA KULIAH (STANDART)

Terima kasih kpd Jawatankuasa Surau Al-Hikmah Kauters Guru Bt. 8 Gombak kerna mempercayai perkhidmatan dan produk kami. Berminat, boleh hubungi kami :- 019-3405659/017-2934576 (WhatsApp)